SETIAP hamba pasti pernah melalui hari mendung dalam
hidupnya. Ketika itu dia akan berada dalam zon iman yang lemah dan keadaan itu
membuat dirinya sangat tertekan. Apakah mungkin hidupnya boleh tenang jika
hubungan dia dengan Allah Taala terancam?
Banyak sebab yang menyumbang kepada keadaan seperti itu.
Antaranya ialah jika kita terlalu obses terhadap dunia hingga melupakan
matlamat sebenar hidup ini. Tetapi bersyukurlah kepada Allah SWT kerana hati
anda masih lagi hidup dan berasa sempit apabila menyedari kealpaan yang lalu.
Anda masih memiliki semangat untuk bangkit mencari iman yang
hilang. Tetapi persoalannya, di manakah kita boleh menemukan iman yang hilang
itu?
Ada beberapa tempat yang boleh kita kunjungi untuk mencari
keimanan sejati. Antaranya;