Setiap daripada kita mempunyai suara hati masing-masing, yang mana ia bergantung kepada bagaimana kita mendengar, berkata dan diprogramkan pada awal pembelajaran. Semua perisitiwa ini membentuk suara hati kita yang mana akan mempengaruhi cara kita berfikir, kepercayaan kita dan tindakan kita. Oleh yang demikian, apa yang kita fikirkan adalah apa yang datang kembali kepada kita, menurut Hukum Tarikan.
Kuasa pemikiran positif adalah suatu yang datang secara semulajadi untuk sesetengah orang dan bagi orang lain adalah sesuatu yang perlu dipelajari. Walau bagaimanapun, kita boleh mengubah suara hati kita, sekiranya kita meletakkan minda dan hati kita kepada tugasan tertentu. Kita boleh membentuk suara hati kita dengan pemikiran positif dan tindakan positif. Apabila menggunakan pemikiran positif dalam hubungan dengan Hukum Tarikan, hasilnya adalah kemunculan kesan positif terhadap keinginan kita.
Pemikiran positif adalah komitmen seumur hidup yang membuatkan impian anda menjadi kenyataan dengan berlaku jujur, baik hati, bersopan-santun dan sebagainya. Kita belajar berfikiran positif dengan mengawal pemikiran kita dan terus menolak pemikiran negatif keluar daripada minda kita. Apabila kita mula berfikiran positif, kita mesti mengekalkan tumpuan minda kita terhadap apa yang penting untuk kita, sementara itu melihat kepada tujuan kita dan yang utamanya adalah pemikiran kita. Apabila tenaga positif diaktifkan secara semulajadi, hukum tarikan akan membawa anda hasil daripada latihan pemikiran positif kepada kehidupan anda.
Mampu untuk membayangkan apakah tindakan yang kita perlukan dan kemudian meletakkan ia ke dalam latihan dalam kehidupan kita setiap hari, di mana ia akan membolehkan kita mendapatkan pendekatan baru apabila berhadapan dengan sebarang masalah yang datang kepada kita. Berfikiran positif boleh membantu kita bertenang yang mana menyebabkan kita menyambut kejayaan yang kita capai melalui Hukum Tarikan.
Di sepanjang mempelajari seni pemikiran positif, terdapat cabaran-cabaran semasa proses membuang pemikiran negatif, cabaran inilah yang kita hadapi dengan cara tersendiri untuk memprogramkan pemikiran kita yang mana kita harus yakin dengan usaha kita untuk menghapuskan pemikiran negatif dalam minda kita. Ketika kita sedang aktif mempelajari berfikiran positif, kita mesti berusaha untuk memperbaiki diri kita setiap hari, memberi tindakan dan pemikiran sebaik mungkin dalam mengawal hasilnya.
Kita harus menemui setiap hari dan situasi baru dengan keazaman untuk melakukan yang terbaik, manakala bersikap terbuka untuk idea-idea, situasi-situasi dan orang-orang baru. Jika kita menderita pada suatu hari yang buruk, kita tidak perlu merasa kecewa dan tidak bersemangat. Apabila ianya berlaku, kita harus menerimanya dengan redha dan melakukan semula teknik berfikiran positif. Kita mesti melihat ianya sebagai cabaran dan merupakan batu loncatan untuk perkembangan kita untuk menggantikan pemikiran negatif kepada positif.
Dengan komitmen dan usaha mengawal pemikiran positif dan menjemput Hukum Tarikan hadir dalam kehidupan kita, kita mula mengubah suara hati kita untuk hasil pemikiran yang lebih baik, yang mana memberi petunjuk kepada kita.
Dengan perubahan-perubahan ini, ia menaikkan harga diri yang mendorong kita untuk berfikir dan melakukan yang lebih baik sebagai pemikiran positif yang menarik perkara-perkara positif. Pilihlah untuk menggunakan pemikiran positif bagi menghasilkan pemikiran-pemikiran yang lebih positif dan menjadikan ianya kepada realiti.
Kesimpulannya, pemikiran positif melalui Hukum Tarikan akan membantu anda membentuk kehidupan yang anda idamkan. Berikan yang terbaik untuk diri anda dan juga kepada dunia dan hasilnya akan kembali kepada anda. Berterima kasihlah untuk setiap pemikiran positif dan ia akan kekal berterusan.
0 comments:
Post a Comment