Thursday, 6 December 2012

ORANG YANG HEBAT



Sebenarnya, kita semua adalah orang yang hebat, namun kekadang kita tidak nampak akan kehebatan itu, dan memerlukan orang lain untuk menunjukkan kehebatan itu kepada kita.

Orang yang hebat perlu ada tiga perkara. Perkara pertama adalahkeunggulan dari segi mentalnya. Dalam situasi ini menunjukkan seseorang itu perlu hebat dari segi cara pemikirannya. Orang yang hebat akan dapat mengawal emosinya. Walaupun dia berhadapan dengan cabaran dan rintangan yang melanda, namun tidak tidak akan berputus asa. Sebaliknya, cabaran dan rintangan itu akan diharungi dengan penuh semangat dan sebagai satu bentuk untuk mencabar kehebatannya. Berbeza dengan orang yang tidak hebat, yang akan gagal dan putus asa serta tewas dengan emosi negatifnya apabila dihadapkan dengan sesuatu masalah. Orang yang hebat akan menjadikan cabaran itu sebagai langkah untuk lebih berjaya. Malah, mereka yang hebat itu tahu bahawa cabaran dan masalah yang ada itu adalah sebagai satu bentuk situasi untuk menambahkan usaha yang perlu dilakukan.

Perkara kedua yang ada pada orang yang hebat adalahkestabilan fizikalnya. Kestabilan fizikal bukan bermaksud memiliki bentuk badan yang ideal, sebaliknya kestabilan ini berlandaskan kepada aktiviti seharian yang dilakukan. Semakin sibuk kehidupan kita pada masa kini, (yang bekerja mahupun yang masih belajar) kekadang kita terlupa untuk mengaktifkan fizikal kita. Seharusnya kita memperuntukkan sedikit masa untuk melakukan senaman untuk memastikan badan kita sentiasa kekal cergas dan aktif. Jika tidak mampu pergi ke gimnasium, cukup sekadar berjoging atau melakukan skipping di halaman rumah. Atau sekurang-kurangnya kita boleh menukarkan aktiviti berkereta dan bermotosikal dengang berjalan untuk ke lokasi yang dekat seperti ke kedai atau ke surau. Dengan berjalan, kita akan melakukan aktiviti fizikal yang diperlukan dalam badan kita.

Perkara ketiga dalam diri orang yang hebat adalah dapatmengawal spiritual (kejiwaannya). Semakin hebat kejayaan kita, seharusnya kita semakin dekat dengan PENCIPTA kita. Jika kita menjadi semakin dekat dan berjaya menguatkan spiritual kita, maka kehebatan diri kita akan menjadi lebih terserlah dan meyakinkan. Namun, jika kita semakin jauh dan lalai, rasanya kejayaan dan kehebatan yang dikecapi adalah satu bentuk penghinaan untuk terus melalaikan kita daripada keredhaanNya…

Nilai diri sama ada hebat atau tidak. Jika belum, marilah sama-sama kita usahakan untuk memburu kehebatan itu. Dan jika sudah berjaya mari kita kekal dan tingkatkan kehebatan itu untuk menjadi lebih baik kepada diri kita dan kepada orang di sekeliling kita…

Sumber ://kuasai-minda.blogspot.com/2011/01/tiga-perkara-pada-orang-hebat.html

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost Coupons