Monday, 24 December 2012

ISTIQAMAH DAN TIDAK PUTUS ASA



Istiqamah dan pengalaman masa muda

1.Cita-cita yang murni iaitu mahu menjadi anak yang soleh (orang yang berjaya).

2.Cabaran yang di hadapi iaitu pengaruh hawa nafsu masa muda dan pengaruh rakan-rakan.

3.Prinsip yang menjadi pegangan iaitu kebenaran (ajaran Islam berteraskan ilmu, ibadah, solat, iman dan akhlak mulia).

4.Berjihad melawan pengaruh hawa nafsu dan pengaruh rakan-rakan.

5.Pendirian yang teguh dan tidak terpengaruh dengan pengaruh keseronokan masa muda dan rakan-rakan (Istiqamah).

(Surah As-Syura Ayat 15)

Ertinya : Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka wahai Muhammad kepada beragama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka; sebaliknya katakanlah: "Aku beriman kepada segala kitab yang diturunkan oleh

Allah, dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu. Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepadanyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan)."

Thursday, 20 December 2012

SAAT KEMATIAN



Demi Allah, seandainya jenazah yang sedang kalian tangisi bisa berbicara seketika, lalu menceritakan (pengalaman sakaratul maut) kepada kalian, nescaya kalian akan melupakan jenazah tersebut, dan mulai menangisi diri kalian sendiri”. -Imam Ghazali

Berbicara tentang kematian, ingatlah ia pasti akan menjelma dan tak akan terlewat walau sedetik seperti ditetapkan.

Kematian juga seperti digambarkan oleh junjungan Rasullullah itu amat dahsyat dan amat menyakitkan seperti sabda baginda, “Sakaratul maut itu sakitnya sama dengan tusukan tiga ratus pedang”-Riwayat Tirmizi

Rasulullah SAW juga bersabda, “Kematian yang paling ringan ibarat sebatang pohon yang dipenuhi duri yang melekat di selembar kain sutera. Adakah batang pohon duri itu dapat diambil tanpa ada bahagian kain sutera itu yang terkoyak ?” -Riwayat Iman Bukhari

Wednesday, 19 December 2012

KELEBIHAN ISTIGHFAR



Selalu sahaja kita dianjurkan untuk beristighfar jika melakukan sesuatu kesalahan. Cukuplah sekadar lafaz Astaghfirullah, dan kemudian kita melalui kehidupan seperti biasa. Itulah hakikatnya makna yang tersirat istighfar bagi orang-orang yang lalai. Hanya sekadar lafaz tanpa mendalami makna Istighfar tersebut. Ma maqna Istighfar? Yakni memohon keampunan daripada Allah Azza Wajalla dan ia dilakukan bagi pembersihan dari segala dosa dan kesalahan. Sesungguhnya, keampunan itu adalah untuk memelihara diri daripada keburukan dosa-dosa yang dilakukan.

Menurut segolongan ulama, “Setiap doa yang memohon keampunan Allah, maka ia adalah istighfar”

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 199:

“Dan kamu mohonlah keampunan daripada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

SABAR DALAM UJIAN


Ujian adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Ujian terkecil apalagi terbesar adalah takdir Allah. Yang mempunyai maksud tertantu. Kerana jahilnya kita, apabila ditimpa ujian sama ada secara langsung dari Allah atau melalui orang lain, kita mula telatah. Terasa Allah tidak adil, sengaja hendak menyusahkan kita. Atau kita menyalahkan orang yang mendatangkan ujian tersebut. Hati berdendam hati buruk sangka pada Allah yang mendatangkan ujian itu.


Allah Maha Pengasih; jauh sekali Allah takdirkan ujian hanya untuk menyusahkan hamba-Nya. Marilah kita sama-sama mengcungkil hikmah di sebalik ujian yang ditimpakan. Ujian sebenarnya melatih kita untuk mendapatkan sifat-sifat yang terpuji. sabar, redha, tawakkal, baik sangka, mengakui diri sebagai hamba yang lemah, mendekatkan diri dengan Allah, mengharapkan pertolongan Allah, merasai dunia hanya nikmat sementara dan sebagainya. Berasa diri berdosa adalah juga sifat terpuji.Sebab itu bagi orang yang sudah banyak melakukan dosa atau lalai daripada mengingati Allah, maka Allah datangkan ujian kesusahan kepadanya. Supaya hamba-Nya tadi tidak tenggelam dalam dosa dan noda. Kadangkala Allah dedahkan dosa yang dilakukan hingga ramai orang tahu. Bukan untuk menghinakan kita tetapi untuk memberi ingatan supaya kita bertaubat. Dan tidak meneruskan perbuatan dosa itu sehingga bila-bila Ujian juga bermaksud qisas (pembalasan) ke atas dosa-dosa kita. Setiap perbuatan dosa mesti dihukum, samada di dunia atau di akhirat (kecuali kita telah bertaubat sungguh-sungguh sehingga Allah mengampunkan dosa itu).

Monday, 17 December 2012

SIAPA KITA DISISI ALLAH


Ada orang yang disukai banyak orang, ada orang yang dibenci banyak orang, ada yang dikenal banyak orang (idola), ada yang tidak dikenal seorang pun.


Ada yang selalu dipuji oleh banyak orang, ada yang selalu diumpat dan dicaci orang banyak.


Kita sedih apabila ada yang membenci diri kita, kita sedih apabila kita sendirian, tiada teman disisi. Kita senang bila banyak kawan disisi kita, kita gembira bila dipuji dan dipuja, disebut-sebut segala kebaikan kita.


Inikah manusia termasuk diri ini? bergelimang dengan kelalaian dan kealpaan? Pernahkan kita berfikir apa tanggapan Allah kepada kita?

Thursday, 6 December 2012

ORANG YANG HEBAT



Sebenarnya, kita semua adalah orang yang hebat, namun kekadang kita tidak nampak akan kehebatan itu, dan memerlukan orang lain untuk menunjukkan kehebatan itu kepada kita.

Orang yang hebat perlu ada tiga perkara. Perkara pertama adalahkeunggulan dari segi mentalnya. Dalam situasi ini menunjukkan seseorang itu perlu hebat dari segi cara pemikirannya. Orang yang hebat akan dapat mengawal emosinya. Walaupun dia berhadapan dengan cabaran dan rintangan yang melanda, namun tidak tidak akan berputus asa. Sebaliknya, cabaran dan rintangan itu akan diharungi dengan penuh semangat dan sebagai satu bentuk untuk mencabar kehebatannya. Berbeza dengan orang yang tidak hebat, yang akan gagal dan putus asa serta tewas dengan emosi negatifnya apabila dihadapkan dengan sesuatu masalah. Orang yang hebat akan menjadikan cabaran itu sebagai langkah untuk lebih berjaya. Malah, mereka yang hebat itu tahu bahawa cabaran dan masalah yang ada itu adalah sebagai satu bentuk situasi untuk menambahkan usaha yang perlu dilakukan.

Thursday, 29 November 2012

KERANA RAHMAT KASIH SAYANG ALLAH



Manusia dimasukkan ke dalam Neraka kerana keadilan Allah. Tidak ada siapa pun yang dilemparkan ke dalam Neraka kerana terzalim. Mereka yang dilemparkan ke Neraka juga tidak terasa dizalimi. Penghuni Neraka itu sendiri akan merasakan patut dan layak mereka itu dicampakkan ke dalam Neraka dan semua mereka sedar akan punca dan sebab-sebabnya. Namun demikian, keadaan ini tidak sama dengan Syurga. Hakikatnya adalah tidak adil kalau manusia itu dimasukkan ke Syurga. Tidak ada manusia yang layak untuk ke Syurga. Tidak ada kebaikan atau amalan soleh yang dibuat oleh manusia yang dengannya ia dapat membeli nikmat Syurga. Walau bagaimana banyak dan hebatnya amalan soleh seseorang manusia itu, ia tidak akan dapat menebus walaupun nikmat sebelah mata. Ini belum lagi nikmat-nikmat yang lain. Jauh sekalilah untuk membeli Syurga.

Wednesday, 28 November 2012

KESAN BERFIKIRAN POSITIF


Setiap daripada kita mempunyai suara hati masing-masing, yang mana ia bergantung kepada bagaimana kita mendengar, berkata dan diprogramkan pada awal pembelajaran. Semua perisitiwa ini membentuk suara hati kita yang mana akan mempengaruhi cara kita berfikir, kepercayaan kita dan tindakan kita. Oleh yang demikian, apa yang kita fikirkan adalah apa yang datang kembali kepada kita, menurut Hukum Tarikan.

Kuasa pemikiran positif adalah suatu yang datang secara semulajadi untuk sesetengah orang dan bagi orang lain adalah sesuatu yang perlu dipelajari. Walau bagaimanapun, kita boleh mengubah suara hati kita, sekiranya kita meletakkan minda dan hati kita kepada tugasan tertentu. Kita boleh membentuk suara hati kita dengan pemikiran positif dan tindakan positif. Apabila menggunakan pemikiran positif dalam hubungan dengan Hukum Tarikan, hasilnya adalah kemunculan kesan positif terhadap keinginan kita.

Thursday, 22 November 2012

USAHA MENCARI KEREDHAAN ALLAH


1. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. 

Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.

Sunday, 18 November 2012

PENAWAR HATI



Hati merupakan satu unsur yang unik yang boleh terpengaruh dengan berbagai anasir samada yang baik mahupun yang buruk. Ia juga merupakan unsur penting dalam pembinaan syaksiah seseorang. Sebab itulah Al Quran telah memberikan penekatan yang serius dalam pentarbiahan hati ini.

Hati ini adalah antara dua jari Ar Rahman, maka Allah taala boleh membolak balikkan hati itu seperti mana yang Allah Taala kehendaki. Sesungguhnya hati juga berada di antara dua persimpangan godaan, antara bisikan malaikat dan bisikan syaitan, maka jika hati itu terpengaruh dengan bisikan malaikat maka ia adalah satu perkara yang baik tetapi jikalau hati itu terpengaruh dengan syaitan maka akan terhasillah ملا يحمد عقباه iaitu sesuatu yang tidak indah hasil balasannya.

Sunday, 11 November 2012

BERUNTUNG BAGI MEREKA MENGINGATI ALLAH


ENTAH berapa puluh ribu perkataan kita berbicara dalam sehari. Setiap masa kita bercakap; ketika berdiri, duduk bangun, baring malah dalam tidur pun masih ‘bercakap’.
Cakap, cakap juga, cuma di celah perkataan yang kita katakan itu ada atau tidak ungkapan zikir yang menyebut nama Pencipta kita? Sedih juga sebab kita adalah ciptaan Allah tetapi lupa nak sebut mengingati-Nya.
Dalam satu hadis yang bermaksud: “Sesiapa yang banyak menyebut sesuatu tandanya dia ingat akan benda yang itu.” Maknanya, jika kita jarang sebut mengenai sesuatu, kita tidak mengingatinya.

Cuba bayangkan kalau kita lupa pada ibu ayah kita, tentunya kita tak ingat kepada mereka. Kalau sudah jarang bertemu ibu ayah itu tandanya kita tidak rindu dan prihatin kepada mereka.

Maka terabailah hak mereka. Apa jadi kalau kita lupa pada anak isteri. Mungkin nafkah tak bagi, mendidik pun tak tahu ke mana, demam sakit tidak ambil peduli.

Orang yang lupa kepada Allah memang rugi dan banyak perkara lain yang akan dilupakan. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu jadi seperti orang-orang yang lupakan Allah, maka Dia (Allah) melupakan mereka terhadap diri mereka sendiri, mereka itulah orang-orang yang fasik”.

Di sini mari kita lihat betapa beruntungnya kalau kita sentiasa berzikir. Dapat keuntungan berlipat kali ganda walaupun modalnya tidak seberapa iaitu hanya perlukan kesungguhan serta lidah.


Saturday, 10 November 2012

ERTI KEBAHAGIAN DAN CARA MENCAPAINYA


Ramai yang mengimpikan kebahagiaan, tetapi tidak dapat anak kunci untuk mendapat kebahagiaan hingga akhirnya kehidupannya tidak lagi bahagia. Bagaimana untuk mendapat kunci kepada kebahagiaan?

ERTI BAHAGIA adalah seperti berikut
1. Bahagia itu bersifat rohaniah. Ia bersifat kejiwaan.
2. Bahagia itu adalah rasa atau perasaan. Ia tidak bersifat fizikal.
3. Apabila ia dikatakan rasa atau perasaan, maka bahagia itu bertapak pada roh. Bahagia itu bukan pada mata, telinga atau tangan.

Dengan kata lain, bahagia itu bukan bersifat luaran. Cuma kadang-kadang benda-benda luaran menjadi sebab kepada kebahagiaan. Itu pun tidak hakiki. Kebahagiaan itu berlaku juga kerana ia membentuk rasa-rasa, namun ia tidak kekal atau hanya berlaku pada masa-masa tertentu sahaja. Kerana itulah kebahagiaan yang begitu dikatakan tidak hakiki.

Setelah diberikan definisi bahagia, sekarang dibahaskan pula tentang kebahagiaan dunia. Dalam kebahagiaan dunia, perkara atau benda luaran itu membantu juga. Hal-hal pendidikan juga membantu ke arah kebahagiaan itu walaupun ianya tidak hakiki. Kebahagiaan dunia itu tidak hakiki, tidak kekal dan boleh terbatal disebabkan keadaan-keadaan tertentu atau keadaan yang berubah. Sewaktu merasa bahagia, dapat dirasakan yang bahagia itu akan kekal. Oleh kerana bahagia itu bukan hakiki, kadang-kadang ia dibatalkan oleh keadaan-keadaan mendatang. Itulah kebahagiaan dunia, ianya tidak kekal.

Perkara ini perlu difahami betul-betul kerana ianya agak susah kalau hendak dihuraikan semula. Ini belum lagi memperkatakan tentang bahagia bersama Tuhan. Di sini, kita dibawa berfikir dahulu agar perkara ini dipandang secara luas dahulu sebab ini akan membantu. Di hujungnya nanti baru difokuskan kepada kebahagiaan bersama Tuhan.

Sebenarnya, apabila bahagia dikatakan bersifat rohaniah, ia ada hubungan dengan keyakinan sekalipun ianya hal dunia. Keyakinan itulah yang boleh membawa bahagia walaupun tidak kekal atau tidak lama masanya.

Ada beberapa contoh yang boleh diberikan untuk menunjukkan bahawa bahagia itu ada hubungan dengan keyakinan. Di antaranya:

Tuesday, 6 November 2012

IBADAH KUAT TAPI ROSAK AKHLAK


Ditanya orang kepada Rasulullah S.A.W., “Wahai Rasulullah, si polan itu (perempuan) siang hari berpuasa, malam hari dia bangun kerana mengerjakan ibadah. Cuma dia ada sedikit cacat. Akhlaknya rosak iaitu dia menyakiti jirannya dengan lidahnya”. Lantas dijawab oleh Rasulullah, “Tidak ada kebaikan lagi pada wanita itu bahkan dia adalah menjadi ahli neraka.”

Hadith ini meriwayatkan perbualan seorang sahabat dengan Rasulullah dalam mana sahabat itu tertanya kepada Rasulullah tentang seorang perempuan yang dikenalinya. Perempuan itu amat kuat beribadah kerana pada siang harinya dia berpuasa manakala di malam hari dia bangun bertahajjud. Perempuan itu sudah boleh dikatakan ahli ‘abid kerana seseorang yang mampu berpuasa siang hari dan bangun bertahjud malam hari dia sudah boleh dikatakan ‘abid. Cuma dia belum tentu orang bertaqwa atau orang soleh boleh kita panggil ‘abid atau ahli ibadah saja. Dan perempuan yang diceritakan oleh sahabat itu kepada Rasulullah adalah seorang ‘abidah, kerana dia kuat berpuasa dan tahajjud malam. Tentulah selepas dia bertahajjjud dia juga membaca Al-Quran, berwirid, berzikir, berdoa dan sebagainya.

Sunday, 4 November 2012

MENCARI KETENANGAN JIWA


Hati atau roh adalah hakikat kejadian manusia, kerana itu ia diberi keupayaan untuk merasa senang dan susah. Ia sangat sensitif terhadap apa yang berlaku, yang didengar, dilihat dan dirasai. Dari sanalah ia menentukan sikap manusia samada positif atau negatif.

Memang hakikat pencipaan hati oleh Allah SWT adalah suatu yang maha ajaib. Kelajuan perjalanan hati tidak terhitung dan ruang gerakannya tiada had. Hati atau roh tidak mati sewaktu jasad lahir manusia mati. Hati berpindah ke alam Barzakh dan seterusnya ke akhirat. Bagi orang mukmin yang suci hatinya dia dapat melihat di syurga kelak. Itulah dia hati manusia. Ia juga disebut roh. Tempatnya ialah di dalam hati jasmani. Hati rohaniah ini umpama burung yang bersangkar di dalam hati jasmaniah. Hati manusia berbeza dengan hati haiwan kerana hati manusia boleh menerima perintah dan larangan; ia disebut rohul amri. Manakala hati haiwan tidak bersifat demikian, ia disebut rohul hayah.

KEBAHAGIAN ITU KEKAL ADA BERSAMA CINTA ILAHI


Perkembangan dunia yang kian moden ini, justeru menambah seribu satu cabaran terhadap penghuninya. Biar perkembangan material terus meningkat, namun sudut kerohanian insan terus mundur dan hampir hilang. Biar segenap alat-alat canggih untuk memudahkan cara hidup, namun masih terus terasa dihimpit oleh hari-hari yang saban mendatang.

Ramai orang berduka di setiap ketentuan yang melanda, dan terus bertambah duka kerana tidak berdaya mengadapinya. Ramai orang terus bersedih dalam menghadapi hidup yang dirasa kian pedih. Manusia hari ini mempunyai kemodenan di mana-mana, tetapi hakikat dirinya lebih tipis dari rumah labah-labah ketika menghadapi bencana.

Tuesday, 30 October 2012

TANDA-TANDA SOMBONG DALAM DIRI DAN KESANNYA



Perkataan kibir mengikut istilah bahasa Melayu, ertinya ialah sombong atau angkuh. Pengertian dalam bahasa moden ialah ego. Mengikut syariat Islam, erti kibir ialah membesarkan diri kerana merasakan diri mempunyai kelebihan dan keistimewaan sehingga lupa kepada Allah dan menderhakainya. Pengertian mengikut istilah syariat inilah yang akan dihuraikan di sini.

Sifat kibir atau sombong atau angkuh atau ego bermakna membesarkan diri kerana hati merasakan diri mempunyai kelebihan, keistimewaan dan kehebatan. Ia merupakan sifat batin (mazmumah) yang paling keji. Bahkan ia adalah sifat batin yang sangat jahat.

Dosa dan kesalahan pertama yang dilakukan oleh makhluk Allah terhadap Allah ialah sifat sombong. Iblis enggan sujud kepada Nabi Adam a.s. sewaktu Allah memerintahkannya. Dia membesarkan diri lantaran merasakan dirinya lebih utama dan lebih mulia daripada Nabi Adam a.s. Kejadiannya daripada api sedangkan Nabi Adam a.s. daripada tanah. Itu saja penyebab yang dia rasa dirinya lebih hebat dan istimewa.

Friday, 19 October 2012

JAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH


Bagi kita selaku hamba ciptaan Tuhan, yang paling utama ialah menjaga hubungan dengan Tuhan. Allah swt tidak jadikan kita ini kecuali Allah mahu kita menyembah dan mengabdikan diri kepada Maha Pencipta. Banyak cara atau banyak jalan bagi setiap hambanya agar terus dapat menjaga hubungan dengan Allah SWT yang mana cara atau jalan itu semuanya di tunjuki oleh Allah sendiri.
Diantaranya:

1. Sentiasa bertaubat. Terdapat dua jenis taubat iaitu:
a. Taubat sebagai hamba

Taubat jenis ini dilakukan oleh para Nabi dan Rasul termasuk Rasulullah saw yang maksum. Taubat jenis ini ialah rintihan rasa berdosa, rasa bersalah, rasa lemah, rasa cacat cela, rasa dhaif, rasa kekurangan dalam bersyukur. Lantas hati merasa bimbang akan kedudukan diri disisi Tuhan.

b. Taubat orang yang berdosa

Taubat jenis ini memang satu perintah Allah swt. Lebih baik ditaubatkan setiap dosa yang dilakukan. Oleh itu setiap hamba hendaklah mengetahui apakah sudah terbuat dosa atau tidak samada dosa terhadap Allah atau dosa terhadap sesama manusia. Lebih sempurna sekiranya kita merasakan memang banyak terbuat dosa, lantas tidak membataskan taubat. Yakni sentiasa merintih kepada Allah, memohon ampun samada dosa kecil atau besar, samada dosa yang lepas atau yang akan datang, samada disedari atau tidak, samada disengajakan atau tidak.

Satu aspek yang sering dilupakan atau mungkin tidak diketahui kerana tidak di perkatakan iaitu mengenai kesempurnaan taubat. Setelah menepati syarat-syarat taubat kepada Allah swt dan kepada manusia, sempurnanya taubat itu hendaklah di iringi dengan berbagai bentuk tebusan. Menebus dosa yang sudah ditaubatkan itu ialah dengan membanyak dan mempelbagaikan kebaikan. Contohnya istiqamahkan bangun malam untuk beramal, banyakkan sedekah, berkhidmat kepada kedua ibu bapa, membuat khidmat masyarakat, membantu anak-anak yatim, meringankan beban golongan miskin, menziarahi orang sakit serta menghulurkan bantuan, menziarahi saudara mara dan kawan-kawan, memberi nasihat, berjuang dan berkorban untuk menegakkan Islam. Disini kita dapat lihat betapa indahnya ajaran Islam itu. Melalui para hambanya yang sering bertaubat, hasilnya meriah dan makmur kehidupan bermasyarakat.

2. Sentiasa bersyukur atas nikmat

Bersyukur ertinya rasa terhutang budi dan jasa terhadap Tuhan lantas rasa berterima kasih diatas anugerah, rezeki, pemberian serta kurniaan Tuhan. Kita kena faham dan insaf bahawa nikmat anugerah Allah keatas hambanya tidak pernah sedetik pun terhenti atau terputus. Sebab itu nikmat Tuhan tidak dapat dihitung. Dapatkah kita hitung nikmat yang ada pada diri kita seperti nikmat mata, hidung mulut, telinga, tangan, kaki, lidah, akal. Nikmat luar diri pula seperti makan minum, pakaian, harta benda, rumah, kenderaan, bumi tempat tinggal, udara, matahari, lautan, sungai, bulan, bintang dan sebagainya. Tiada suatu apa pun yang bukan anugerah Tuhan. Semuanya kita nikmati dengan bebas. Cuba kita renungkan, seluruh alam semesta ini Allah swt buat utk dimanfaatkan atau untuk dinikmati oleh seluruh makhluk. Maha Suci Tuhan, sedikit pun Tuhan tidak mengambil faedah dari barang ciptaanNya.

Oleh kerana nikmat Allah swt tidak pernah putus, maka rasa bersyukur atau berterima kasih kepada Tuhan juga sewajarnya tiada boleh ada batas atau had. Cara terbaik sebagai tanda syukur ialah mengembalikan semua nikmat Tuhan itu kepada Tuhan, kepada jalan Tuhan, kepada kebaikan dan kebajikan, gunakan seluruh nikmat Tuhan itu sebagai alat untuk mengabdikan diri atau untuk jalan taat kepada Tuhan. Ini termasuk untuk berbakti kepada sesama manusia, mendatangkan manfaat kepada manusia.

3. Bersabar

Bagi orang mukmin yang sabar, ganjarannya ialah Allah swt akan cepatkan mereka masuk ke syurga. Takrif sabar ialah tahan terhadap sesuatu untuk mendapat balasan Allah swt. Tahan yang dimaksudkan ialah tidak keluh kesah, tidak menderita, tidak putus asa atau kecewa, tenang, rela, senang hati dalam apa keadaan sekali pun. Sabar terbahagi kepada tiga peringkat iaitu,

a. Sabar dalam mentaati Allah. Mengamalkan segala perintah atau suruhan Allah swt dengan penuh kerelaan, senang hati, istiqamah, ikhlas hingga akhir hayat.

b. Sabar dalam meninggalkan maksiat. Dengan rela, senang hati, tidak rasa terpaksa, terasa indah, lazat dalam meninggalkan tegahan atau larangan Allah swt.

c. Sabar dalam menghadapi ujian Allah swt. Mengapa Tuhan suruh sabar? Kalau kita faham hakikat kehidupan sementara ini, sememangnya munasabah untuk bersabar diatas ujian yang Tuhan datangkan. Ini kerana sudah menjadi sunnatullah manusia tidak dapat lari dari ujian. Namun Tuhan datangkan ujian sekali sekala sahaja. Dan kadang-kadang sementara dan sekejap sahaja. Dalam ujian itu pula ada maksud baik dari Tuhan, ada hikmah, ada pengajaran, ada didikan dan ada iktibar, sekurangnya setiap ujian itu menjadi suis otamatik untuk manusia ingat dan kembali kepada Tuhan. Atau juga sekurang-kurangnya sebagai penghapusan dosa atau Tuhan mahu tingkatkan darjat.

4. Redha

Redha terhadap musibah atau bencana. Redha bermaksud hati menerima dengan rela, senang hati, berlapang dada kerana hati benar-benar merasai kehambaan dan merasa bertuhan. Hamba serba lemah dan tiada apa-apa. Manakala Tuhan adalah segala-galanya, semuanya miilik Allah swt. Apabila Allah minta Nabi Ibrahim sembelih anak kesayangannya Nabi Ismail, maka Nabi Ibrahim berbuat dengan patuh dan redha kerana Nabi Ismail serta nyawa Nabi Ismail adalah milik Allah. Nabi Ismail juga dengan senang hati menyerahkan diri dan lehernya kerana Nabi Ismail merasakan dirinya adalah milik Allah. Cuba kita renungkan adakah apa-apa yang bukan milik Allah swt. Kita buat rumah daripada bahan-bahan milik Allah. Diatas bukit yang juga milik Allah, cuaca dan hujan ribut kilat petir juga milik Allah. Kalau Tuhan turunkan hujan lebat, runtuhkan bukit dan kambuskan banglo apa yang kita boleh buat? Semuanya Allah punya dan Allah ambil semula milikNya. Kita dituntut supaya redha, dan kita juga perlu faham hakikat bahawa musibah atau bencana bukan selalu berlaku dalam hidup ini. Itu pun ianya berlaku kerana kesalahan manusia atas sebab lahiriahnya adalah rakus. Atas sebab maknawiyahnya adalah dosa. Redhalah apa saja ketentuan Tuhan dan baikilah diri dengan mendekatkan hati kepada Allah swt yang maha bijaksana

http://arsfikrah.blogspot.com/2012/08/menjaga-hubungan-dengan-allah.html

Wednesday, 17 October 2012

UBATI PENYAKIT HATI



Penyakit-penyakit yang biasa terdapat dalam jiwa manusia adalah seperti berikut:

1. Mensyirikkan Allah SWT.

2. Melakukan amalan yang berdosa kepada Allah SWT.

3. Lalai terhadap tugas yang dipertanggungjawabkan Allah SWT kepada hamba yang Muslim.

4. Menghina dan memandang kecil kepada orang yang dikasihi dan disokong Allah SWT.

5. Meninggalkan keputusan Allah SWT dalam kehidupan, sebaliknya mengambil keputusan yang lain.

Dalam realiti kini, segala ketentuan dan ketetapan Allah SWT dipandang tidak baik dan tidak diredhai oleh manusia. Manusia tidak memberi harga dan nilai kepada kehendak Allah SWT. Manusia memandang sepi terhadap ketetapan Allah SWT.

Tuesday, 9 October 2012

WAJAH BERCAHAYA


Bagaimanakah ciri-ciri orang yang bakal masuk Surga atau masuk Neraka? Salah satunya digambarkan Allah lewat idiom cahaya. Orang-orang yang beriman dan banyak amal salehnya, kata Allah, akan memancarkan cahaya di wajahnya. Sebaliknya, orang-orang yang kafir dan banyak dosanya akan 'memancarkan' kegelapan. Hal itu dikemukakan olehNya di ayat-ayat berikut ini:

QS Al Hadiid (57) : 12
"Pada hari dimana kalian melihat orang-orang beriman laki-laki dan perempuan, sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanannya."

QS. Yunus (10) : 27
“… seakan-akan wajah mereka ditutupi oleh kepingan-kepingan malam yang gelap gulita, mereka itulah penghuni Neraka, mereka kekal di dalamnya.”

Kenapakah orang-orang yang beriman dan banyak pahalanya memancarkan cahaya, sedangkan yang banyak dosa 'memancarkan' kegelapan alias kehilangan cahaya?

Monday, 8 October 2012

KEKUATAN HATI


Assalamualaikum wbt. Satu diantara kekuatan yang Allah kurniakan kepada umat islam ialah zikrullah. Saya merasakan orang-orang islam pada hari ini tidak begitu memanafaatkan aktiviti yang amat penting ini. Dalam kitab sohih Muslim, Nabi saw pernah bersabda " Sabbaqal mufarradun " yang bermaksud "Telah mendahului mereka yang tersendiri ". Lantas Nabi memuji golongan ini. Golongan yang di gelar oleh baginda sebagai Al mufarradun. Golongan yang tersendiri. Kata Nabi mereka mendahului orang-orang lain.

Lantas para sahabat ra bertanya kepada baginda. Siapakah sebenarnya golongan Al mufarradun ini. Maka Nabi menjawab mereka ialah golongan lelaki dan wanita yang banyak berzikir kepada Allah swt. Itulah golongan istimewa yang mendapat pujian. Lantas di zaman dahulu khususnya di zaman Nabi , para sahabat dan di peringkat awal islam, zikir terutamanya zikir dengan hati ini amat diutamakan. Sebab itu ketika itu umat islam berjiwa tenang. Umat islam sentiasa di kurniakan ilham sehingga mereka mampu menghadapi masalah-masalah yang besar dan kemudiannya dapat menewaskan musuh mereka dan menegakkan empayar islam.

Sunday, 9 September 2012

HIKMAH MEMELIHARA HATI



SETIAP hamba pasti pernah melalui hari mendung dalam hidupnya. Ketika itu dia akan berada dalam zon iman yang lemah dan keadaan itu membuat dirinya sangat tertekan. Apakah mungkin hidupnya boleh tenang jika hubungan dia dengan Allah Taala terancam?
Banyak sebab yang menyumbang kepada keadaan seperti itu. Antaranya ialah jika kita terlalu obses terhadap dunia hingga melupakan matlamat sebenar hidup ini. Tetapi bersyukurlah kepada Allah SWT kerana hati anda masih lagi hidup dan berasa sempit apabila menyedari kealpaan yang lalu.

Anda masih memiliki semangat untuk bangkit mencari iman yang hilang. Tetapi persoalannya, di manakah kita boleh menemukan iman yang hilang itu?

Ada beberapa tempat yang boleh kita kunjungi untuk mencari keimanan sejati. Antaranya;

Saturday, 11 August 2012

HIKMAH ZIKIR


Zikir memiliki pengaruh yang kuat terhadap kecemerlangan cahaya batin. Hati yang selalu terisi dengan Cahaya Zikir akan memancarkan Nur Allah dan keberadaannya akan mempengaruhi perilaku yang serba positif. 

Kebiasaan melakukan zikir dengan baik dan benar akan menimbulkan ketentraman hati dan menumbuhkan sifat ikhlas. Hikmah zikir amatlah besar bagi orang yang ingin membangkitkan kekuatan indera keenamnya ( batin ). Ditinjau dari sisi ibadah, zikir merupakan latihan menuju Ikhlasnya hati dan Istiqomah dalam berkomunikasi dengan Al Khaliq ( Sang Pencipta ). 

Thursday, 9 August 2012

KEDUDUKAN DARJAT KITA DI SISI ALLAH



Rasulullah Saw bersabda, "Siapa yang ingin mengetahui kedudukannya di sisi Allah, maka hendaknya memperhatikan bagaimana kedudukan Allah dalam hatinya. Maka sesungguhnya Allah menempatkan hamba-Nya, sebagaimana hamba itu menempatkan Allah dalam jiwanya (hatinya)".

Sahabatku, yang termahal dalam hidup adalah keyakinan pada Allah. Semakin kuat dan mendalam keyakinan kita pada Allah, maka semakin beruntung hidup kita. Mahupun tidak, saat itulah kita telah memiliki barang termahal dalam hidup.

Apalah ertinya kita memiliki kekayaan melimpah, bila hati kita miskin dari mengenal Allah. Apalah ertinya kita dikenal orang, bila kita tidak mampu mengenal Allah. Apalah ertinya kita memiliki jawatan tinggi, bila kedudukan kita rendah di hadapan Allah. Semua yang ada selain Allah adalah cUbaan dan fitnah shj. Walau memiliki dunia, kedudukan kita akan rendah bila tidak mengenal Allah.

Friday, 18 May 2012

Jatuh Cinta Kerana Allah



CINTA yang diilhamkan oleh nafsu berlaku bila hati kotor, sering melakukan dosa dan tidak pula bertaubat. Sifat-sifat keji seperti sombong, ujub, riak, gila puji, hasad dengki dan lain-lain sifat jahat bersarang dalam hati tidak dikikis, maka ketika itu nafsulah yang akan jadi Tuhan dalam diri sehingga apa saja yang dilakukan mengikut arahan nafsu. Termasuk dalam meletakkan cinta, ukuran yang diberi dan sebab jatuh cinta pun ikut selera nafsu.

Lelaki akan jatuh cinta pada perempuan yang mendedahkan kecantikannya hingga tubuh badan perempuan itu sudah tidak terlindung lagi pada pandangan nafsunya. Cinta diberi ialah untuk mengisi keinginan nafsu seks lelaki kepada perempuan.

Begitu juga wanita, jatuh cinta sebab lelaki kaya, handsome bergaya, ada jawatan dan lain-lain keistimewaan yang disenangi oleh nafsu. lantas cinta diberi dengan harapan mereka dapat tumpang kemewahan dan kesenangan hidup lelaki tersebut. Jelasnya, cinta yang datang dari nafsu ditujukan untuk kesenangan nafsu semata-mata.

Bila bertaut dua cinta yang dilahirkan oleh nafsu yang punya kepentingan masing-masing maka berlangsunglah babak-babak melahirkan rasa cinta. Dari surat menyurat, telefon, ziarah, keluar makan-makan, berdua-duaan di taman bunga, dalam keadaan saling rindu merindukan.. :)

Ketika itu tak ada lain dalam ingatan melainkan orang yang dicintai. Sehari tak jumpa atau tidak telefon rasa berpisah setahun. Sudah tidak malu pada orang sekeliling, apa lagi pada Allah yang Maha Melihat. Lagi mereka tidak ingat dan takut. Lantaran itu mereka sanggup buat apa saja untuk membuktikan kecintaan pada pasangan masing-masing.

Hatta yang perempuan sanggup serah maruah diri konon untuk buktikan cinta pada lelaki. Yang lelaki pula rela bergolok bergadai untuk memberikan kemewahan pada perempuan sebagai bukti cinta. Akhirnya bila yang perempuan telah berbadan dua, lelaki serta merta hilang cintanya. habis manis sepah dibuang. Kalau pada lelaki pula, ada duit abang sayang, tak ada duit abang melayang. Kalau pada suami pula, isteri seorang suami disayang, bila hidup bermadu kasih pada suami

Itulah falsafah cinta nafsu yang melulu. Cintanya hanya selagi nafsu ada kepentingan. Cinta inilah yang banyak melanda orang muda yang dilambung asmara. Hingga sanggup buat apa saja, sekalipun bunuh diri, kalau kecewa dalam bercinta. Walhal sedap dan indahnya sekejap. Sakitnya lama, sakit yang paling dahsyat ialah di neraka kelak. Inilah kemuncak cinta yang paling malang dan memalukan.

Cinta nafsu kalau pun boleh bersambung sampai membina rumahtangga ia tetap akan menyeksa. Kerana suami akan cinta pada isteri selagi isteri masih muda, seksi dan manja. Yakni selagi nafsu dapat disenangkan. Bila isteri tua, kulit berkedut, tampal make-up lagi hodoh, rambut putih dan gigi pun sudah banyak gugur seperti opah, badan pun sudah kendur, maka cinta suami akan beralih pada gadis muda yang menarik.

Sekaligus hilanglah cinta suami. Menderitalah isteri yang hilang perhatian suami apalagi kalau terang-terang depan mata suami kepit perempuan lain, lagilah isteri terseksa. Begitu juga si isteri. Cintakan suami selagi suami boleh membahagiakan dan menunaikan segala keinginan nafsu. Selagi suami kasih dan sayang padanya.

Andainya suami hilang kuasa, jatuh miskin, masuk penjara atau suami kahwin lagi seorang maka serta merta hilang cinta pada suami. Sebaliknya berbakul-bakul datang rasa benci pada suami yang dulu dipuja tinggi melangit. Begitu mudah cinta bertukar jadi benci. Akibatnya berlakulah pergaduhan, masam muka, kata-mengata, ungkit mengungkit, suami tidak pedulikan isteri dan isteri pun hilang hormat pada suami. :)

Rumahtangga panas dan menunggu saat untuk ditalqinkan ke kubur perceraian. Ketika itu tak ada lagi pujuk rayu, cumbu mesra sebagaimana waktu cinta tengah membara. Maka doktor yang menulis pun dituduh merendahkan wanita, jangan marah tau. Itulah gara-gara cinta nafsu yang sudah menyusahkan manusia di dunia lagi.

Sebaliknya cinta yang dialirkan oleh Allah ke dalam hati, itulah cinta yang benar, suci lagi murni. Cinta yang bukan diukur ikut pandangan mata, tapi ikut pandangan Allah. Ia bersebab kerana Allah dan cinta diberi pun untuk dapat keredhaan Allah. Cinta begini tiada batasannya. Tidak pula kenal jantina dan kedudukan. Dan cinta lahir hasil dari sama-sama cinta pada Allah.

Boleh berlaku pada lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan, lelaki dengan perempuan, antara murid dengan guru, suami dengan isteri, sahabat dengan sahabat, rakyat dengan pemimpin, antara umat dengan Nabinya dan yang paling tinggi antara hamba dengan Tuhannya.

Kalau berlaku antara lelaki dengan perempuan yang tidak diikat oleh tali perkahwinan, mereka tak akan memerlukan untuk berjumpa, bercakap atau melakukan apa saja yang bertentangan dengan kemahuan Allah. Cinta mereka tidak akan dicelahi oleh nafsu berahi.

Sebaliknya cinta itu ialah tautan hati yang berlaku walaupun tak pernah kenal atau baru kenal tapi hati rasa sayang dan rindu. Hati sedih kalau orang yang dicintai ditimpa susah, senang kalau yang dicinta itu senang. Sanggup susah-susahkan dan korbankan diri untuk senangkan orang yang dicintai.

Cinta yang begini ada diceritakan dalam hadis, iaitu seorang lelaki yang bertemu dan berpisah dengan sahabatnya kerana Allah maka mereka akan mendapat perlindungan ‘arasy Allah di padang mahsyar nanti, hari di amana masing-masing orang mengharap sangat lindungan dari matahari yang sejengkal saja dari
kepala.

Kalau berlaku antara suami isteri maka isteri akan letak seluruh ketaatan pada suami, berkhidmat dan melayan suami tanpa jemu-jemu. Sama ada waktu suami tunjukkan sayang atau masa suami marah-marah.

Sama ada suami kaya atau miskin, atau suami kahwin lagi, cinta isteri pada suami tidak belah bagi. salah satu contohnya penderitaan mengundang bahagia. Kerana cintanya pada suami datangnya dari Allah hasil dari ketaqwaan isteri. Datanglah ribut taufan, angin putting beliung melanda rumah tangga, isteri tetap memberikan cintanya yang utuh dan teguh.

Begitu juga suami, cinta pada isteri tidak kira isteri itu muda atau tua. Samada pada hatinya. Selagi isteri taat pada Allah, isteri tetap dikasihinya. Kalau dia ada empat isteri, tentulah isteri-isteri akan tertanya-tanya, pada isteri manakah yang suami paling cinta? :)

Kalau cinta itu bersumber dari Allah, tentu isteri yang paling taqwalah yang paling layak dicintai oleh suami lebih dari isteri-isteri lain. Sebagaimana Rasulullah lebih mencintai Aisyah kerana taqwa Aisyah lebih tinggi dari istei-isteri lain. Rasulullah saw akui sendiri hanya bersama Aisyah saja, dalam satu selimut baginda pernah diberi wahyu. Tapi tidak pernah berlaku semasa baginda satu selimut dengan isteri-isteri yang lain.
Sumber cinta yang datang dari Allah akan meletakkan Allah yang paling tinggi dan utama. Bila berlaku pertembungan antara cinta Allah dengan cinta pada makhluk maka cinta Allah dimenangkan. Misalnya seorang isteri yang cinta suaminya.

Tiba-tiba suami larang isteri melakukan ketaatan pada Allah dalam hal tutup aurat, walhal tutup aurat itu Allah tuntut. Maka kecintaan pada Allah itu akan mendorongnya untuk laksanakan perintah-Nya walaupun suami tidak suka ataupun terpaksa kehilangan suami. Sanggup dilakukan sebagai pengorbanan cintanya pada Allah. Sebaliknya kalau dia turut kemahuan suami ertinya kata cinta pada Allah hanya pura-pura, cintanya bukan lagi bersumberkan Allah tapi datang dari nafsu.

Cinta yang datang dari Allah menyebabkan seseorang cukup takut untuk melanggar perintah Allah yang kecil, apalagi yang besar, lagi dia gerun. Seorang yang sudah dapat mencintai Allah, cinta yang lain-lain jadi kecil dan rendah padanya.

Sejarah menceritakan kisah cinta Zulaikha terhadap Nabi Yusuf. Sewaktu Zulaikha dibelenggu oleh cinta nafsu yang berkobar-kobar pada Nabi Yusuf, dia sanggup hendak menduakan suaminya, seorang menteri. Bila Nabi Yusuf menolak keinginannya, ditariknya baju Nabi Yusuf hingga terkoyak. Akibat dari peristiwa itu Nabi Yusuf masuk penjara. Tinggallah Zulaikha memendam rindu cintanya kepada Yusuf.

Penderitaan cinta yang ditanggung oleh Zulaikha menyebabkan dia bertukar dari seorang perempuan cantik menjadi perempuan tua yang hodoh. Matanya buta kerana banyak menangis terkenangkan Yusuf, hartanya habis dibahagi-bahagikan kerana Yusuf.

Sehingga datanglah belas kasihan dari Allah terhadapnya. Lalu Allah mewahyukan agar Nabi Yusuf mengahwini Zulaikha setelah Allah kembalikan penglihatan, kemudaan dan kecantikannya seperti di zaman gadisnya.

Peliknya, bila Zulaikha mengenal Allah, datanglah cintanya pada Allah sehingga masanya dihabiskan untuk bermunajat dengan Allah dalam sembahyang dan zikir wirid sehingga terlupa dia hendak melayan kemahuan suaminya Yusuf yang berhajat kepadanya.

Terpaksa Nabi Yusuf menunggu Zulaikha menghabiskan sembahyangnya, hingga hampir hilang kesabaran Nabi Yusuf lantas ditariknya baju Zulaikha sehingga koyak; sebagaimana Zilaikha pernah menarik baju Nabi Yusuf seketika dulu.

Begitulah betapa cinta yang dulunya datang dari nafsu dapat dipadamkan bila dia kenal dan cinta pada Allah. Cinta Allah ialah taraf cinta yang tinggi. Kemuncak cinta ini ialah pertemuan yang indah dan penuh rindu di syurga yang dipenuhi dengan kenikmatan.

Cinta pada Allah akan lahir bagi orang sudah cukup kenal akan Allah. Kerana cinta lahir bersebab. kalau wanita cinta pada lelaki kerana kayanya, baiknya, tampan dan sebagainya dan lelaki cinta wanita kerana cantik, baik, lemah lembut dan sebagainya maka bagi mereka yang berakal akan rasa lebih patut dicurahkan rasa cinta pada Allah kerana segala kenikmatan itu datangnya dari Allah.

Ibu bapa, suami, isteri, sahabat handai dan siapa saja yang mengasihi dan mencintai kita, hakikatnya itu semuanya datang dari Allah. Kebaikan, kemewahan dan kecintaan yang diberikan itupun atas rahmat dan kasihan belas Allah pada kita. Sehingga Allah izinkan makhluknya yang lainnya cinta pada kita. Walhal Allah boleh bila-bila masa menarik balik rasa itu dari hati orang-orang tadi kalau Allah mahu.

Allah yang menciptakan kita makhluk-Nya, kemudian diberinya kita berbagai-bagai nikmat seperti sihat, gembira, dan macam-macam lagi. Samada masa kita ingat pada-Nya ataupun masa kita lalai, tetap diberi-Nya nikmat-nikmat itu. Begitulah, kebaikan Allah pada kita terlalu banyak sebagaimana firman-Nya: yang bermaksud:

“Kalau kamu hendak menghitung nikmat-nikmat Allah, nescaya kamu tak terhitung.”

Besar sungguh jasa Allah dari menciptakan, menghidupkan dan memberi rezeki, suami, isteri, rumah dan macam-macam lagi yang dengannya kita boleh lalui kehidupan dengan aman bahagia. Alangkah biadapnya kita kalau segala pemberian Allah itu kita ambil tapi lupa untuk ucapkan terima kasih, lupa pada yang memberi. Walhal, Allah boleh saja menyusah dan menyenangkan kita dengan kehendaknya.

Oleh itu orang yang betul kenal dan beradab, dia malu pada Allah. malah kerana malunya itu dia tidak nampak yang lain lebih hebat dari Allah. Cintanya tertumpu pada Allah, dan penyerahan diri pada Allah sungguh-sungguh. Setiap saat menanggung rindu lalu masanya dihabiskan untuk berbisik-bisik dengan kekasihnya.

Sehingga kerana terlalu mendalam cinta pada Tuhan ada hamba Allah yang berkata, “Wahai Tuhan, aku mencintai Engkau bukan kerana takutkan neraka-Mu. tapi kerana Zat-Mu, ya Allah. Aku rela masuk neraka kalau itulah kemahuan-Mu.”

Itulah rintihan hati seorang wali perempuan Rabiatul Adawiyah dalam munajatnya dengan Allah. Dia menyatakan dua cinta tidak boleh duduk dalam satu hati. Bila cinta Allah sudah penuh dalam hatinya, maka tidak ada tempat lagi untuk cinta selain dari itu.

Ada orang mangatakan: “Jika kau berikan hatimu ataupun cintamu pada manusia nescaya dia akan merobek-robekkannya . tapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah nescaya dicantum-cantumkan- Nya. Ertinya cinta dengan Allah pasti berbalas. Dan Allah tidak membiarkan orang yang dicintai-Nya menderita di akhirat.”

Jadi seorang yang bijak dan beradab akan meletakkan kecintaan yang besar pada Allah, pada Rasulullah dan barulah pada makhluk-makhluk lain di samping-Nya. Itulah perletakan cinta yang betul dan menguntungkan di dunia dan juga di akhirat. Itulah dia cinta kita pada Allah swt yang patut kita letakkan. 

SUMBER : KLIK

Friday, 11 May 2012

SYIRIK YANG TERSEMBUNYI



Kita memang sudah mengelak daripada menyembah tokong dan berhala, tetapi bagaimana pula dengan penyembahan manusia kepada 'berhala-berhala' hati? Itulah bahayanya syirik khafi yang tersembunyi di dalam hati.

Kita begitu yakin dan mengakui masih kebal iman dalam diri dan sama sekali tidak syirik terhadap Allah SWT apabila tidak pernah menyembah berhala dan apa jua dewa. Sebabnya perbuatan tersebut sudah diketahui umum boleh menyebabkan seorang Muslim menjadi murtad dan keluar dari Islam. Mudahnya, kebanyakan masyarakat Islam meletakkan perkara itu sebagai sempadan dari terjadinya hal yang merosakkan keimanan. Dan ada juga yang faham, hanya perbuatan sedemikian sahaja boleh sebabkan syirik.

Itu syirik jali yang setiap umat Islam cuba elak daripada melakukannya. Tetapi dalam berjaga-jaga itu, syirik khafi atau syirik tersembunyi sebenarnya dilakukan setiap hari oleh kebanyakan orang Islam. Kita memang sudah mengelak daripada menyembah tokong dan berhala, tetapi bagaimana pula dengan penyembahan manusia kepada 'berhala-berhala' hati? Itulah bahayanya syirik khafi yang tersembunyi di dalam hati. Ini terjadi dan dilakukan samaada kita sedari atau dilakukan didalam keadaan tidak sedar.

Menurut penerangan para Arifin Billah (pakar agama), antara sembahan-sembahan hati yang paling lumrah bagi manusia ialah:

i) penyembahan kepada nafsu/diri sendiri

ii) penyembahan kepada dunia dan perhiasannya

iii) penyembahan kepada pangkat dan kekayaan

iv) penyembahan kepada kedudukan dan jawatan

v) penyembahan kepada wanita

vi) tawakal kepada kekuatan diri atau kekuatan makhluk

vii) tawakal kepada kehebatan sains dan teknologi dan lain-lain

Segelintir umat Islam menganggap syirik khafi sebagai perkara kecil sahaja. Namun pandangan sebeginilah yang mengundang bahaya yang lebih besar. Menurut tafsiran ulama-ulama tasawuf, syirik khafi walaupun tidak membatalkan iman namun memberi kesan kepada amal dan boleh merosakkan keimanan jika dibiarkan berlaku dan menjadi pakaian umat sehari-hari.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Syirik yang dilakukan umat ku lebih tersembunyi daripada semut halus yang merayap di atas batu yang besar." (Riwayat Al Hakim)

Penyembahan kepada berhala-berhala hati ini juga menyebabkan manusia menjadi bongkak dan riak tanpa disedari. Terlalu yakin terhadap kelebihan diri sendiri. Perbuatan sebegini sebenarnya mengundang resah kepada Rasulullah sebagaimana sabdanya:

"Sesungguhnya yang paling aku khuatirkan atas kamu sekalian adalah syirik kecil (syirik khafi), riya'. Pada hari kiamat, ketika memberi balasan manusia atas perbuatannya, Allah berfirman, "Pergilah kalian kepada orang-orang yang kalian tujukan amalanmu kepada mereka di dunia. Lihatlah, apakah engkau dapati balasan di sisi mereka?" (Riwayat Imam Ahmad)

Benar dalam kehidupan, kita selalu memandang hal yang besar tanpa mempedulikan perkara-perkara kecil. Namun perlu diketahui yang kecil dan halus itulah lebih mudah menyerang dan merebak sehingga akhirnya kita terperangkap tanpa sedar. Sungguhpun syirik khafi tidak membatalkan iman seseorang, tetapi jika dibiarkan ia boleh mencederakan tauhid dan pengesaan terhadap Allah.

Jangan terlampau yakin bila kita tidak pernah menyembahkan tuhan lain selain Allah, kita bebas dari melakukan syirik. Ketahuilah bahawa perjuangan melawan sifat-sifat jahat dalam hati terutamanya syirik khafi adalah jihad sepanjang hidup. Jangan terhenti dari jihad ini kerana sejarah telah membuktikan manusia-manusia alim juga boleh tewas dengan rayuan iblis dan syaitan. Sehingga hati dan iman menjadi binasa.

Oleh itu berhati-hatilah dengan perbuatan, pengungkapan serta kata hati kita setiap hari. Apa jua yang terjadi dan berlaku semuanya atas kehendak dan kuasa Allah SWT jua. Bukan atas kehebatan dan keupayaan diri sendiri, benda mahupun makhluk lain yang sebenarnya tidak punya kuasa apa-apa!

Bentuk-Bentuk Syirik Khafi

Terlalu banyak syirik khafi berlaku meliputi diri kita sendiri atau yang bersangkut dengan makhluk lain. Kebanyakannya berlaku dalam keadaan kita lalai daripada mengingat Allah.

1) Bergantung Hati Kepada Sesuatu Selain Allah

Syirik khafi jenis ini sangat lumrah dalam urusan kehidupan seharian. Apabila seseorang melihat dirinya melakukan ibadah yang banyak,atau melihat dirinya mempunyai kebijaksanaan dan kehebatan sehingga berjaya memperoleh suatu kebaikan.

Atau menyandarkan sesuatu kebaikan yang diperoleh disebabkan manusia lain atau benda lain yang di jadikan oleh Allah seperti ubat-ubatan atau ketinggian sains dan teknologi dan sebagainya.

Contoh 1 :
Seorang lelaki yang telah sembuh dari sakit, merasakan ubat yang dimakan itulah yang menyembuhkan penyakitnya.

Contoh 2 :
Seorang Pengarah Syarikat yang berjaya membawa kejayaan kepada syarikat merasakan kejayaan tersebut dicapai hasil usahanya dan dibantu oleh pekerja-pekerja lain.

2) Ujub

Menurut pengertian yang diberi oleh Imam Al-Ghazali ;
"Ujub adalah rasa hairan dengan diri atau membanggakan diri atau merasai aman dengan adanya suatu kelebihan nikmat pada diri seseorang. Terjadi 'ujub adalah didalam hati, tanpa terzahir sifat rasa bangga dirinya pada tingkah laku atau perkataan."

Contoh 1 :
Seorang melakukan solat larut malam lalu berkata di dalam hati, " Hairan aku dapat melakukan ibadat yang begitu banyak."

Contoh 2 :
Seseorang wanita yang cantik berasa betapa hebatnya diri dengan kecantikan tersebut.

3) Riya'

Riya' dalam beramal adalah melakukan sesuatu amal atau kebajikan dengan niat mendapat pujian makhluk atau bertujuan mendapat pangkat dan kedudukan.

Tiga keadaan berlaku Riya' pada hati seseorang yang melakukan beribadat/melakukan kebajikan.

Niat hati seseorang perlu di awasi pada 3 keadaan ketika beramal.;
1)   Pada permulaan melakukan ibadat.
2)   Ketika sedang melakukan ibadat.
3)   Setelah selesai melakukan ibadat.

Kebanyakan orang beramal biasanya ikhlas pada permulaan ibadatnya.  Tetapi gangguan riya' datang ketika sedang beramal atau sesudah beramal. Dengan demikian seseorang wajib berhati-hati dengan bisikan syaitan yang sentiasa cuba mewaswaskan hati supaya berubah niat.

4) Takabbur (Membesarkan Diri)

Takabur adalah membesarkan diri, merasai diri lebih hebat, lebih mulia, lebih tinggi dari orang lain.  Sifat ini lahir dari hati dan ada kalanya terzahir dalam perkataan dan perbuatannya. Takabur adalah mencabar kekuasaan Allah : Sabda Rasulullah SAW, Firman Allah idalam Hadis Qudsi,
"Takabur itu selendangku dan Kebesaran itu kain sarung Ku. Maka barang siapa bertengkar dengan Aku pada salah satu dari yang dua itu, nescaya Aku campakkan dia dalam neraka jahannam. Dan Aku tidak pedulikan." (Riwayat Muslim)

Punca wujudnya takabur pada diri seseorang adalah disebabkan wujudnya suatu kelebihan atau dia merasa kesempurnaan berbanding manusia lain.
1. Takabur dengan Ilmu.
2. Takabur dengan Amal
3. Takabur dengan tubuh badan – kecantikan,  kekuatan dan lain-lain
4. Takabur dengan harta,  anak dan kekayaan dunia.
5. Takabur dengan banyak pengikut
6. Takabur dengan kemuliaan keturunan.
7. Takabur dengan kekuasaan

sumber : klik

Thursday, 10 May 2012

KEHEBATAN CINTA KEPADA ALLAH



Walau sehebat mana sekalipun seseorang itu dalam hubungan percintaannya sesama manusia sama ada lelaki atau wanita tetapi cinta kepada Allah adalah yang paling utama dan paling yang paling terbaik.
Sesiapa yang menjadikan Allah sebagai cinta agungnya, amat beruntunglah hidupnya di dunia dan Akhirat. Rugilah seseorang muslim atau muslimah itu jika ia tidak menyintai Allah. Mari kita ketahui di antara keuntungan yang diperolehinya ialah:

1. Tiada kecewa

Seseorang itu tidak akan kecewa dalam percintaannya merebut cinta agung. Seandainya semua makhluk di bumi dan langit berlumba-lumba merebut cinta Allah, tidak ada siapa yang akan kecewa bahkan Maha Kuasanya dapat membalas cinta semua makhluk-makhlukNya serentak dari yang sekecil-kecilnya hinggalah yang sebesar-besarnya. Tiada siapa yang akan kecundang dan kecewa dalam perebutan mencari cinta agung.

2. Tiada saingan

Tidak akan berlaku saingan, pertarungan, permusuhan atau peperangan dalam mencari cinta Tuhan. Sebaliknya dalam perebutan mencari cinta dunia sama ada cinta manusia, biasanya akan berakhir dengan permusuhan dan akan ada yang kecewa dan menderita.

3. Mendapat ketenangan dan kebahagiaan

Mendapat cinta Tuhan akan membuahkan ketenangan, kedamaian, keamanan dan kebahagiaan yang hakiki. Jiwa lapang, hati senang dan tenang. Bahkan kesengsaraan, kesakitan atau penderitaaan di dalam usaha meraih cinta agung itu pun sudah merupakan sebahagian daripada kebahagiaan.

Kadangkala hati resah, cemas dan bimbang apakah cintanya terhadap Allah itu berbalas. Dalam keresahan cemas dan bimbang itu terubat pula dengan keyakinan bahawa Allah itu Maha Luas RahmatNya.
Maka di situ pula bertambah lagi ketenangan. Sesekali terasa diri lemah, dhaif dan lalai, tertebus pula dengan pengaduan serta bermanja-manja dengan Allah SWT yang Maha Pengasih. Bertambah pula mendalamnya rasa kehambaan.

Sebaliknya merebut cinta dunia akan menimbulkan keresahan dan tiada ketenangan di jiwa. Walaupun dunia yang dicintai itu sudah ada di tangan, namun fikiran masih kusut. Mereka yang gagal mendapat dunia yang dicintai dan diburunya itu pula sudah rarnai yang sakit jiwa dan berputus asa. Bahkan ada yang sanggup bunuh diri kerana kecewa dalam percintaan yang tidak kekal itu.

4. Dapat kawan dan perpaduan

Bersama-sama mencari cinta Allah membawa manusia berukhuwah dan berkawan. Walaupun manusia itu dari berlainan latar belakang, bangsa, pangkat, kedudukan malah jika pernah menjadi musuh sekalipun, namun di dalam perjuangan merebut cinta Allah, secara automatik setiap hati manusia itu akan terikat satu sama lain.

Kerana masing-masing sedang dalam perlumbaan mencari cinta yang satu iaitu cinta yang hakiki. Sebaliknya pertarungan dalam merebut cinta dunia akan mengakibatkan ukhuwah dan persahabatan makin jauh dan terbarai. Akhirnya akan membawa kepada pecah belah dan permusuhan.

5. Menghilangkan mazmumah

Mencari cinta Allah dapat membantu menghilangkan mazmumah. Mazmumah adalah sifatsifat keji yang terdapat dalam diri manusia seperti hasad, dengki, sombong, ego, tamak, gila dunia dan lain-lain. Mazmumah dapat merosakkan segala kebahagiaan dan ketenangan di dalam jiwa seseorang insan.
Perlumbaan mencari cinta Tuhan adalah salah satu proses paling berkesan dalam usaha seseorang manusia meruntuhkan mazmumah di dalam jiwa. Sebaliknya, merebut cinta dunia akan menebalkan mazmumah. Hasad dengki pasti akan berlaku dan ia bagaikan siraman baja yang menyuburkan lagi pohon mazmumah dalam diri manusia.

6. Disenangi oleh orang

Mengejar cinta Allah ia akan berada di dalam senang dan tenang. Tiada siapa yang akan rasa tercabar atau tergugat dalam pertarungan merebut cinta Allah. Orang yang berusaha merebut cinta agung akan disenangi semua makhluk.

Manusia senang dan sayang padanya dan para malikat juga turut mendoakannya kerana makin ramai yang merebut mencintai Allah, semakin mendorong kepada tercetusnya keamanan dan ketenangan hidup.

7. Tidak akan kesepian atau keseorangan

Memburu cinta Allah tidak akan keseorangan dan kesepian. Biarpun tiada kawan bersama, kita tidak akan rasa kesunyian dan ketakutan kerana Allah yang menjadi cinta agung sentiasa ada bersama. Allah bukan sekadar boleh memerhati, bahkan boleh menjaga dan melindungi kita. Malah di waktu kita tidur, di kala kekasih yang paling hampir dan paling kita cintai pun tidak mampu untuk menjaga kita. Allah boleh menjaga dan mengawal kita kerana Dia tidak tidur.

Meletakkan cinta dan harap pada Allah akan membuatkan hati sentiasa rasa tenang dan selamat kerana kita tahu bahawa kita berada di dalam kawalan dan penjagaan satu Zat yang Maha Agung lagi Berkuasa. Sebaliknya, manusia yang menyandarkan diri kepada cinta selain Allah, belum tentu makhluk yang dicintainya itu dapat mendampinginya sepanjang masa lebih-lebih lagi menjadi pelindungnya setiap masa.

8. Jalannya luas dan selamat.

Mengejar cinta Allah jalannya luas, lapang, selamat dan menyelamatkan, manakala mengejar cinta dunia jalannya sempit, himpit-menghimpit serta memudaratkan. Begitulah beruntungnya sesiapa yang menjadikan Allah sebagai cinta agungnya dan malang sekali bagi sesiapa yang memburu cinta selain Allah.
Masa berjalan begitu laju. Tidak pernah berhenti walau sedetik. Ertinya begitu laju umur kita meningkat, setiap detik umur kita meninggalkan kita. Setiap detik umur kita berkurang. Tetapi hakikat ini jarang kita rasai. Setiap detik, kita makin jauh meninggalkan dunia dan setiap detik jugalah kita makin dekat menghampiri Akhirat.

Kalaulah kita cintakan dunia, maka apa yang kita cintai itu makin hari makin jauh terpisah dari kita. Sedangkan Allah yang tidak pernah kita cintai makin dekat dengan kita. Alangkah malang dan terseksanya jiwa terpaksa meninggalkan apa yang kita suka dan cintai.

Bertambah malang dan terseksa lagi apabila kita akan berhadapan dengan Allah yang tidak pernah kita cintai sepanjang hayat kita. Ertinya kita pergi ke Akhirat, mengadap Allah tanpa membawa apa-apa. Yang kita cinta hendak ditinggalkan, manakala yang tidak kita cinta, akan berhadapan dengan kita. Maka kita akan berhadapan dengan dua kali penderitaan, iaitu meninggalkan yang kita cinta, hendak bertemu Allah yang tidak kita cinta.

Roda umur kita makin laju ke hadapan. Dunia yang kita cinta makin jauh kita tinggalkan sedangkan Allah yang sepatutnya kita cinta masih jauh dari kita. Aduh, malang sekali nasib kita di sana, negara yang kekal abadi. Kenapa Allah perlu dijadikan cinta agung? Setiap makhluk perlu menjadikan Allah sebagai cinta agungnya kerana terialu banyak nikmat dan kasih sayang yang Allah limpahkan kepada makhlukNya.

Oleh kerana begitu besar dan agungnya Allah dalam hidup kita maka dalam kita berbuat apa sahaja, biarlah bersama Allah. Sertakan Allah di dalam kehidupan kita dengan membuat apa sahaja hanya kerana Allah dengan melakukan apa yang disuruhnya dan meninggalkan apa yang dilarangnya.
Alangkah indah dan bertuahnya sekiranya kita di dalam golongan hamba yang dikasihi dan disayangi olehnya :)

sumber : klik

KELEBIHAN SOLAT DHUHA



Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”(Riwayat Ahmad)

Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:

“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani )

sumber : klik

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost Coupons