CINTA yang diilhamkan oleh nafsu berlaku bila hati kotor, sering
melakukan dosa dan tidak pula bertaubat. Sifat-sifat keji seperti sombong,
ujub, riak, gila puji, hasad dengki dan lain-lain sifat jahat bersarang dalam
hati tidak dikikis, maka ketika itu nafsulah yang akan jadi Tuhan dalam diri
sehingga apa saja yang dilakukan mengikut arahan nafsu. Termasuk dalam
meletakkan cinta, ukuran yang diberi dan sebab jatuh cinta pun ikut selera
nafsu.
Lelaki akan jatuh cinta pada perempuan yang mendedahkan
kecantikannya hingga tubuh badan perempuan itu sudah tidak terlindung lagi pada
pandangan nafsunya. Cinta diberi ialah untuk mengisi keinginan nafsu seks
lelaki kepada perempuan.
Begitu juga wanita, jatuh cinta sebab lelaki kaya, handsome
bergaya, ada jawatan dan lain-lain keistimewaan yang disenangi oleh nafsu.
lantas cinta diberi dengan harapan mereka dapat tumpang kemewahan dan
kesenangan hidup lelaki tersebut. Jelasnya, cinta yang datang dari nafsu
ditujukan untuk kesenangan nafsu semata-mata.
Bila bertaut dua cinta yang dilahirkan oleh nafsu yang punya
kepentingan masing-masing maka berlangsunglah babak-babak melahirkan rasa
cinta. Dari surat menyurat, telefon, ziarah, keluar makan-makan, berdua-duaan
di taman bunga, dalam keadaan saling rindu merindukan.. :)
Ketika itu tak ada lain dalam ingatan melainkan orang yang
dicintai. Sehari tak jumpa atau tidak telefon rasa berpisah setahun. Sudah
tidak malu pada orang sekeliling, apa lagi pada Allah yang Maha Melihat. Lagi
mereka tidak ingat dan takut. Lantaran itu mereka sanggup buat apa saja untuk
membuktikan kecintaan pada pasangan masing-masing.
Hatta yang perempuan sanggup serah maruah diri konon untuk
buktikan cinta pada lelaki. Yang lelaki pula rela bergolok bergadai untuk
memberikan kemewahan pada perempuan sebagai bukti cinta. Akhirnya bila yang
perempuan telah berbadan dua, lelaki serta merta hilang cintanya. habis manis
sepah dibuang. Kalau pada lelaki pula, ada duit abang sayang, tak ada duit
abang melayang. Kalau pada suami pula, isteri seorang suami disayang, bila
hidup bermadu kasih pada suami
Itulah falsafah cinta nafsu yang melulu. Cintanya hanya
selagi nafsu ada kepentingan. Cinta inilah yang banyak melanda orang muda yang
dilambung asmara. Hingga sanggup buat apa saja, sekalipun bunuh diri, kalau
kecewa dalam bercinta. Walhal sedap dan indahnya sekejap. Sakitnya lama, sakit
yang paling dahsyat ialah di neraka kelak. Inilah kemuncak cinta yang paling
malang dan memalukan.
Cinta nafsu kalau pun boleh bersambung sampai membina
rumahtangga ia tetap akan menyeksa. Kerana suami akan cinta pada isteri selagi
isteri masih muda, seksi dan manja. Yakni selagi nafsu dapat disenangkan. Bila
isteri tua, kulit berkedut, tampal make-up lagi hodoh, rambut putih dan gigi
pun sudah banyak gugur seperti opah, badan pun sudah kendur, maka cinta suami
akan beralih pada gadis muda yang menarik.
Sekaligus hilanglah cinta suami. Menderitalah isteri yang
hilang perhatian suami apalagi kalau terang-terang depan mata suami kepit
perempuan lain, lagilah isteri terseksa. Begitu juga si isteri. Cintakan suami
selagi suami boleh membahagiakan dan menunaikan segala keinginan nafsu. Selagi
suami kasih dan sayang padanya.
Andainya suami hilang kuasa, jatuh miskin, masuk penjara
atau suami kahwin lagi seorang maka serta merta hilang cinta pada suami.
Sebaliknya berbakul-bakul datang rasa benci pada suami yang dulu dipuja tinggi
melangit. Begitu mudah cinta bertukar jadi benci. Akibatnya berlakulah
pergaduhan, masam muka, kata-mengata, ungkit mengungkit, suami tidak pedulikan
isteri dan isteri pun hilang hormat pada suami. :)
Rumahtangga panas dan menunggu saat untuk ditalqinkan ke
kubur perceraian. Ketika itu tak ada lagi pujuk rayu, cumbu mesra sebagaimana
waktu cinta tengah membara. Maka doktor yang menulis pun dituduh merendahkan
wanita, jangan marah tau. Itulah gara-gara cinta nafsu yang sudah menyusahkan
manusia di dunia lagi.
Sebaliknya cinta yang dialirkan oleh Allah ke dalam hati,
itulah cinta yang benar, suci lagi murni. Cinta yang bukan diukur ikut
pandangan mata, tapi ikut pandangan Allah. Ia bersebab kerana Allah dan cinta
diberi pun untuk dapat keredhaan Allah. Cinta begini tiada batasannya. Tidak
pula kenal jantina dan kedudukan. Dan cinta lahir hasil dari sama-sama cinta
pada Allah.
Boleh berlaku pada lelaki dengan lelaki, perempuan dengan
perempuan, lelaki dengan perempuan, antara murid dengan guru, suami dengan
isteri, sahabat dengan sahabat, rakyat dengan pemimpin, antara umat dengan
Nabinya dan yang paling tinggi antara hamba dengan Tuhannya.
Kalau berlaku antara lelaki dengan perempuan yang tidak
diikat oleh tali perkahwinan, mereka tak akan memerlukan untuk berjumpa,
bercakap atau melakukan apa saja yang bertentangan dengan kemahuan Allah. Cinta
mereka tidak akan dicelahi oleh nafsu berahi.
Sebaliknya cinta itu ialah tautan hati yang berlaku walaupun
tak pernah kenal atau baru kenal tapi hati rasa sayang dan rindu. Hati sedih
kalau orang yang dicintai ditimpa susah, senang kalau yang dicinta itu senang.
Sanggup susah-susahkan dan korbankan diri untuk senangkan orang yang dicintai.
Cinta yang begini ada diceritakan dalam hadis, iaitu seorang
lelaki yang bertemu dan berpisah dengan sahabatnya kerana Allah maka mereka
akan mendapat perlindungan ‘arasy Allah di padang mahsyar nanti, hari di amana
masing-masing orang mengharap sangat lindungan dari matahari yang sejengkal
saja dari
kepala.
Kalau berlaku antara suami isteri maka isteri akan letak
seluruh ketaatan pada suami, berkhidmat dan melayan suami tanpa jemu-jemu. Sama
ada waktu suami tunjukkan sayang atau masa suami marah-marah.
Sama ada suami kaya atau miskin, atau suami kahwin lagi,
cinta isteri pada suami tidak belah bagi. salah satu contohnya penderitaan
mengundang bahagia. Kerana cintanya pada suami datangnya dari Allah hasil dari
ketaqwaan isteri. Datanglah ribut taufan, angin putting beliung melanda rumah
tangga, isteri tetap memberikan cintanya yang utuh dan teguh.
Begitu juga suami, cinta pada isteri tidak kira isteri itu
muda atau tua. Samada pada hatinya. Selagi isteri taat pada Allah, isteri tetap
dikasihinya. Kalau dia ada empat isteri, tentulah isteri-isteri akan
tertanya-tanya, pada isteri manakah yang suami paling cinta? :)
Kalau cinta itu bersumber dari Allah, tentu isteri yang
paling taqwalah yang paling layak dicintai oleh suami lebih dari isteri-isteri
lain. Sebagaimana Rasulullah lebih mencintai Aisyah kerana taqwa Aisyah lebih
tinggi dari istei-isteri lain. Rasulullah saw akui sendiri hanya bersama Aisyah
saja, dalam satu selimut baginda pernah diberi wahyu. Tapi tidak pernah berlaku
semasa baginda satu selimut dengan isteri-isteri yang lain.
Sumber cinta yang datang dari Allah akan meletakkan Allah
yang paling tinggi dan utama. Bila berlaku pertembungan antara cinta Allah
dengan cinta pada makhluk maka cinta Allah dimenangkan. Misalnya seorang isteri
yang cinta suaminya.
Tiba-tiba suami larang isteri melakukan ketaatan pada Allah
dalam hal tutup aurat, walhal tutup aurat itu Allah tuntut. Maka kecintaan pada
Allah itu akan mendorongnya untuk laksanakan perintah-Nya walaupun suami tidak
suka ataupun terpaksa kehilangan suami. Sanggup dilakukan sebagai pengorbanan
cintanya pada Allah. Sebaliknya kalau dia turut kemahuan suami ertinya kata
cinta pada Allah hanya pura-pura, cintanya bukan lagi bersumberkan Allah tapi
datang dari nafsu.
Cinta yang datang dari Allah menyebabkan seseorang cukup
takut untuk melanggar perintah Allah yang kecil, apalagi yang besar, lagi dia
gerun. Seorang yang sudah dapat mencintai Allah, cinta yang lain-lain jadi
kecil dan rendah padanya.
Sejarah menceritakan kisah cinta Zulaikha terhadap Nabi Yusuf.
Sewaktu Zulaikha dibelenggu oleh cinta nafsu yang berkobar-kobar pada Nabi
Yusuf, dia sanggup hendak menduakan suaminya, seorang menteri. Bila Nabi Yusuf
menolak keinginannya, ditariknya baju Nabi Yusuf hingga terkoyak. Akibat dari
peristiwa itu Nabi Yusuf masuk penjara. Tinggallah Zulaikha memendam rindu
cintanya kepada Yusuf.
Penderitaan cinta yang ditanggung oleh Zulaikha menyebabkan
dia bertukar dari seorang perempuan cantik menjadi perempuan tua yang hodoh.
Matanya buta kerana banyak menangis terkenangkan Yusuf, hartanya habis
dibahagi-bahagikan kerana Yusuf.
Sehingga datanglah belas kasihan dari Allah terhadapnya.
Lalu Allah mewahyukan agar Nabi Yusuf mengahwini Zulaikha setelah Allah
kembalikan penglihatan, kemudaan dan kecantikannya seperti di zaman gadisnya.
Peliknya, bila Zulaikha mengenal Allah, datanglah cintanya
pada Allah sehingga masanya dihabiskan untuk bermunajat dengan Allah dalam
sembahyang dan zikir wirid sehingga terlupa dia hendak melayan kemahuan
suaminya Yusuf yang berhajat kepadanya.
Terpaksa Nabi Yusuf menunggu Zulaikha menghabiskan
sembahyangnya, hingga hampir hilang kesabaran Nabi Yusuf lantas ditariknya baju
Zulaikha sehingga koyak; sebagaimana Zilaikha pernah menarik baju Nabi Yusuf
seketika dulu.
Begitulah betapa cinta yang dulunya datang dari nafsu dapat
dipadamkan bila dia kenal dan cinta pada Allah. Cinta Allah ialah taraf cinta
yang tinggi. Kemuncak cinta ini ialah pertemuan yang indah dan penuh rindu di
syurga yang dipenuhi dengan kenikmatan.
Cinta pada Allah akan lahir bagi orang sudah cukup kenal
akan Allah. Kerana cinta lahir bersebab. kalau wanita cinta pada lelaki kerana
kayanya, baiknya, tampan dan sebagainya dan lelaki cinta wanita kerana cantik,
baik, lemah lembut dan sebagainya maka bagi mereka yang berakal akan rasa lebih
patut dicurahkan rasa cinta pada Allah kerana segala kenikmatan itu datangnya
dari Allah.
Ibu bapa, suami, isteri, sahabat handai dan siapa saja yang
mengasihi dan mencintai kita, hakikatnya itu semuanya datang dari Allah.
Kebaikan, kemewahan dan kecintaan yang diberikan itupun atas rahmat dan kasihan
belas Allah pada kita. Sehingga Allah izinkan makhluknya yang lainnya cinta
pada kita. Walhal Allah boleh bila-bila masa menarik balik rasa itu dari hati
orang-orang tadi kalau Allah mahu.
Allah yang menciptakan kita makhluk-Nya, kemudian diberinya
kita berbagai-bagai nikmat seperti sihat, gembira, dan macam-macam lagi. Samada
masa kita ingat pada-Nya ataupun masa kita lalai, tetap diberi-Nya
nikmat-nikmat itu. Begitulah, kebaikan Allah pada kita terlalu banyak
sebagaimana firman-Nya: yang bermaksud:
“Kalau kamu hendak menghitung nikmat-nikmat Allah, nescaya
kamu tak terhitung.”
Besar sungguh jasa Allah dari menciptakan, menghidupkan dan
memberi rezeki, suami, isteri, rumah dan macam-macam lagi yang dengannya kita
boleh lalui kehidupan dengan aman bahagia. Alangkah biadapnya kita kalau segala
pemberian Allah itu kita ambil tapi lupa untuk ucapkan terima kasih, lupa pada
yang memberi. Walhal, Allah boleh saja menyusah dan menyenangkan kita dengan
kehendaknya.
Oleh itu orang yang betul kenal dan beradab, dia malu pada
Allah. malah kerana malunya itu dia tidak nampak yang lain lebih hebat dari
Allah. Cintanya tertumpu pada Allah, dan penyerahan diri pada Allah
sungguh-sungguh. Setiap saat menanggung rindu lalu masanya dihabiskan untuk
berbisik-bisik dengan kekasihnya.
Sehingga kerana terlalu mendalam cinta pada Tuhan ada hamba
Allah yang berkata, “Wahai Tuhan, aku mencintai Engkau bukan kerana takutkan
neraka-Mu. tapi kerana Zat-Mu, ya Allah. Aku rela masuk neraka kalau itulah
kemahuan-Mu.”
Itulah rintihan hati seorang wali perempuan Rabiatul
Adawiyah dalam munajatnya dengan Allah. Dia menyatakan dua cinta tidak boleh
duduk dalam satu hati. Bila cinta Allah sudah penuh dalam hatinya, maka tidak
ada tempat lagi untuk cinta selain dari itu.
Ada orang mangatakan: “Jika kau berikan hatimu ataupun
cintamu pada manusia nescaya dia akan merobek-robekkannya . tapi kalau hati
yang pecah itu diberikan kepada Allah nescaya dicantum-cantumkan- Nya. Ertinya
cinta dengan Allah pasti berbalas. Dan Allah tidak membiarkan orang yang dicintai-Nya
menderita di akhirat.”
Jadi seorang yang bijak dan beradab akan meletakkan
kecintaan yang besar pada Allah, pada Rasulullah dan barulah pada
makhluk-makhluk lain di samping-Nya. Itulah perletakan cinta yang betul dan
menguntungkan di dunia dan juga di akhirat. Itulah dia cinta kita pada Allah
swt yang patut kita letakkan.
SUMBER : KLIK
0 comments:
Post a Comment