Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta
salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad
S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti
baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Hafiz ibnu Qaiyim r.a. adalah seorang ulama hadis yang
termashur, di dalam risalah Al-Wabil beliau menggariskan beberapa kelebihan
berzikir antaranya:
* Zikir menjauhkan syaitan dan melemahkan kekuatannya
* Zikir menyebabkan Allah redha
* Zikir menjauhkan dukacita daripada hati manusia
* Zikir menggembirakan hati
* Zikir menguatkan badan dan menyeronokan sanubari
* Zikir memurahkan rezeki
* Zikir adalah sinaran hati dan muka
* Zikir adalah membawa orang yang berzikir itu kepada
kehebatan dan kegagahan yakni dengan memandang wajahnya seseorang merasa gentar
* Zikir melahirkan cinta sejati kepada Allah kerana cinta
itulah roh islam, jiwa agama, dan sumber kejayaan dan kebahagiaan. Zikrullah
itu merupakan pintu cinta Ilahi.
* Zikir adalah mendatangkan hakikat Muraqabah dan Muraqabah
itu membawa seseorang kepada martabat ihsan. Dengan adanya martabat ihsan maka
manusia dapat beribadat kepada Allah dalam keadaan yang seolah-olah ia
melihatNya
* Zikir membawa seseorang kepada penyerahan diri dengan
sebulat-bulatnya kepada Allah. Dengan ini lama kelamaan maka setiap urusan dan
dalam setiap keadaan Allah menjadi pelindung dan pembantu baginya.
* Zikir adalah membawa seseorang kepada Takarrub (mendekatkan
diri) kepada Allah. Jika zikir itu bertambah banyak maka dengan sendirinya ia
bertambah dekat kepada Allah dan semakin bertambah lalai daripada berzikir maka
dengan sendirinya ia bertambah jauh dari Allah.
* Zikir adalah membuka pintu makrifat Allah
* Zikir melahirkan keagungan dan kehebatan Allah dan
semangat merapatkan diri kepada Allah.
* Zikir adalah menyebabkan Allah ingat kepada seseorang yang
ingat kepadanya seperti mana disebutkan di dalam Al-Quran (surah Al Baqarah
152) "Fazkuruunii azkurkum" ertinya; "kerana itu ingatlah kamu
kepadaKu, nescaya Aku ingat pula kepada mu".
sumber ; klik
0 comments:
Post a Comment